Uncategorized

Liverpool juara kelab dunia 2019


Liverpool muncul juara Piala Kelab Dunia FIFA 2019 selepas mengalahkan Flamengo 1-0 pada aksi final di Stadium Antarabangsa Khalifa, sebentar tadi.

Roberto Firmino menjadi wira Liverpool dalam pertandingan tersebut. Dia meledak gol kemenangan The Reds pada babak masa tambahan.

Liverpool sebenarnya mendapat peluang keemasan untuk mencetak gol pada awal perlawanan. Sayangnya, tendangan Roberto Firmino melambung tinggi.

Lima minit berselang, giliran Alexander-Arnold melakukan percubaan, namun, tendangan bek asal Inggeris itu masih tersasar.

Flamengo juga tidak duduk diam. Tandukan Bruno Henrique dari hantaran silang Rafinha pada minit ke-18 nyaris menghasilkan jaringan.

Bruno Henrique kembali mengancam gawang Liverpool pada minit-24. Namun, usaha pemain Brazil itu digagalkan Alisson.

Gabriel Barbosa melepas tembakan kaki kanan ketika perlawanan memasuki minit ke-32. Sayangnya, arah bola masih meliar ke sebelah kiri.

Flamengo nyaris menggegar gawang Liverpool satu minit berselang. Namun, tandukan pemainnya masih belum boleh membolosi gawang Liverpool.

Tidak ada gol yang tercipta pada babak pertama. Kedua-dua pasukan memasuki bilik persalinan dengan kedudukan 0-0.

Memasuki babak kedua, Liverpool tampil lain macam. Mereka mendapat peluang tetapi usaha yang dilancarkan Roberto Firmino dan Mohamed Salah belum membuahkan hasil.

Sementara itu, Flamengo mencuba membalas melalui Gabriel Barbosa pada menit ke-53. Namun, sepakan penyerang asal Brazil itu masih mampu diselamatkan penjaga gawang Liverpool.

Liverpool kembali mengancam menerusi Andrew Robertson empat minit berselang. Namun, aksi yang dilancarkan pemain Scotland itu masih gagal.

Jordan Henderson nyaris saja meledak gawang Flamengo pada minit ke-86. Tendangan pemain England itu masih bisa ditepis Diego Alves.

Memasuki masa tambahan, Sadio Mane dijatuhkan Rafinha di kawasan penalti. Malangnya, pengadil tidak memberikan sepakan penalti setelah melihat tayangan ulangan VAR.

Tidak ada gol yang tercipta hingga pengadil meniup wisel panjang tanda perlawanan babak kedua berakhir dan permainan dilanjutkan ke masa tambahan.

Tuah milik Liverpool apabila berhasil mencetak gol melalui Roberto Firmino untuk kemenangan The Reds dan menjadi juara Piala Kelab Dunia FIFA 2019.

Susunan Pemain

Liverpool (4-3-3): Alisson; Trent Alexander-Arnold, Joe Gomez, Virgil van Dijk, Andy Robertson; Naby Keita (James Milner 100′), Jordan Henderson, Alex Oxlade-Chamberlain (Adam Lallana 75′); Mohamed Salah (Xherdan Shaqiri 120′), Roberto Firmino (Divock Origi 106′), Sadio Mane.

Flamengo (4-2-3-1): Diego Alves; Rafinha, Rodrigo Caio, Pablo Mari, Filipe Luis; Willian Arao (Orlando Enrique Berrio Melendez 120′) , Gerson (Lincoln 102′); Everton Ribeiro (Diego 82′), Giorgian de Arrascaeta (Vitinho 77′), Bruno Henrique; Gabriel Barbosa.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d