Uncategorized

Alami Bell’s Palsy, separuh wajah Peng Soon lumpuh


Peng Soon menunjukkan perubahan pada wajah kiri menerusi Instagram peribadinya.

Atlet badminton beregu campuran negara, Chan Peng Soon menderita penyakit bell’s palsy yang membuat separuh wajahnya lumpuh.

Peng Soon memberitahu tentang kondisi kesihatannya dengan memuat naik video di Instagram. Dia memaklumkan bahawa bahagian kiri wajahnya mengalami kelumpuhan.

Peng Soon mengakui sudah mengalami masalah tersebut sejak beberapa hari lalu dan hanya menyedarinya ketika tidak boleh bermain dengan baik di perlawanan Final Jelajah Dunia BWF di China .

“Saya tidak rasa apa-apa pada bahagian kiri wajah ketika sedang bercakap sekarang ini. Akibat daripada otot wajah saya tidak boleh dikawal dan itu yang mempengaruhi percakapan saya,” ujar Chan Peng Soon dipetik dari worldofbuzz.com.

Selain itu, penyakit yang dialami Peng Soon juga mempengaruhi mata kirinya. Peng Soon tidak boleh menutup kelopak kirinya dengan baik.

Kondisi itulah yang membuatkan Peng Soon tidak boleh beraksi baik ketika bertanding di gelanggang. Ini kerana, air peluh akan masuk ke dalam mata kirinya yang tidak boleh ditutup.

“Saya tidak boleh menutup mata kiri, sehingga air peluh akan menitis ke bahagian mata dan mempengaruhi penglihatan. Rasanya sangat tidak nyaman,” ujarnya.

Meskipun sukar, Peng Soon berusaha menerima kenyataan bahwa ia menderitai penyakit Bell’s Palsy. Peng Soon mengakui akan menjalani rawatan dan mencari cara yang terbaik untuk pemulihannya.

Situasi terbaru yang dialami Peng Soon itu kemungkinan sedikit sebanyak akan menjejaskan misinya bersama Liu Ying untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.

Peng Soon bersama Goh Liu Ying dalam satu pertandingan antarabangsa.

Perlu anda ketahui, bell’s palsy adalah satu kondisi di mana otot-otot di bahagian wajah menjadi lemah atau lumpuh.

Biasanya penyakit ini hanya mempengaruhi pada sebelah wajah pada waktu tertentu. Kemudian, bahagian lainnya akan terpengaruh dan wajah menjadi kaku.

Penyakit bell’s palsy ini menyerang pada saraf wajah yang boleh terjadi kepada siapa pun, tidak kira wanita mahupun lelaki.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: