Uncategorized

ASFC sasar 15,000 penyokong Merah Kuning hadir ke Stadium Shah Alam


SASARAN 15,000 penyokong Red Giants hadir ke Stadium Shah Alam setiap kali pasukan Selangor beraksi menjadi keutamaan bagi Anak Selangor Fans Club (ASFC) dalam menghadapi saingan Liga Malaysia 2020.

Presidennya, Mohd Faizal Wahid berkata, misi mereka adalah mahu menambat hati peminat bola sepak Selangor berkunjung ke stadium sekali gus membakar semangat para pemain atas padang.

“Semangat penyokong pasukan kita pasti berkobar-kobar selepas pengumuman senarai pemain yang menggalas cabaran Selangor musim depan.

“Saya berharap tahun depan kita dapat berusaha untuk menyasarkan ramai penyokong membanjiri stadium dengan membawa keluarga dan anak-anak menonton aksi pasukan Selangor.

“Saya juga yakin dengan sokongan dan maklum balas yang kita dapat daripada semua pihak, kita jangka Stadium Shah Alam akan penuh dengan penyokong kita dan dengan semangat itu, Insya Allah kejuaraan yang dipertandingkan nanti bakal milik kita,” katanya kepada cakapsukan.com sebentar tadi.

Dalam pada itu, Mohd Faizal memuji perancangan yang dilaksanakan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dalam membentuk pasukan mantap bagi kempen 2020.

Malah katanya, Liga FAS yang mencungkil bakat baru negeri ini akan bermula pada 4 Januari depan.

“ASFC ada bermain Liga Perdana 1 yang mana terdapat 12 pasukan bertanding. FAS cukup bagus dalam menyelia program pembangunan dan kami lihat struktur liga juga semakin mantap,” ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: