Uncategorized

Azizulhasni fokus Kejohanan Dunia di Berlin penghujung Februari 2020


Azizulhasni tekad segera bangkit dan mahu kembali berkayuh. Foto : Guy Swarbrick

JAGUH berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang terharu dengan sokongan yang dizahirkan rakyat Malaysia selepas terlibat kemalangan ketika saingan acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Piala Dunia di Velodrom Anna Meares, Brisbane, Australia.

The Pocket Rocketman dalam hantaran terkini di Facebooknya mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dirinya.

“Semoga kecederaan ini akan pulih dengan kadar segera dan saya dapat membuat persiapan untuk Kejohanan Dunia di Berlin pada penghujung Februari nanti.

“Masya Allah sungguh terharu melihat begitu banyak mesej yang diterima melalui sms, whatsapp serta di sosial media.

“Saya memohon maaf kepada semua kerana tak sempat nak balas satu persatu tetapi ketahuilah bahawa saya amat menghargai keprihatinan daripada anda semua dan semoga kita semua di rahmati oleh Nya,” tulisannya yang dipetik dari Facebooknya hari ini.

Azizulhasni juga berkongsi mengenai perkembangan terkini dirinya selepas terbabit kemalangan.

“Daripada scan yang dibuat semalam, tidak ada ‘fractured’ dan ‘major injury’ lain. Cume terdapat banyak kesan ‘skinburns’ di seluruh badan dan ‘concussion’ di kepala dan bahu kanan. Paling azab adalah di bahu kanan ini dimana terdapat bengkak di Acromioclavicular joint mungkin hasil hentakkan ketika jatuh atau dilanggar oleh pelumba lain.

“Kecederaan ini menyebabkan pergerakan saya amat terbatas dan oleh itu saya terpaksa direhatkan untuk acara Individual Sprint pada hari ini,” katanya lagi.

Semalam, Azizulhasni terlibat kemalangan yang berpunca daripada pancungan dibuat pelumba Jepun Tomoyuki Kawabata sebaik sahaja loceng dibunyi mengakibatkan dia dan pelumba Poland Krzysztov Maksel terhimpit sebelum terjatuh bersama pelumba lain.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: