Uncategorized

Penentuan Kumpulan ACL 2020 : Harimau Selatan tunggu undian petang ini


PENENTUAN dalam peringkat kumpulan Liga Juara-juara Asia (ACL) manakah bakal dihuni pasukan Johor Darul Ta’zim bakal diketahui petang ini.

Ini kerana, undian peringkat kumpulan Liga ACL musim 2020 akan diadakan pada 10 Disember 2019 bertempat di AFC House, Bukit Jalil pada jam 4 petang ini.

Menurut laman Facebook Johor Southern Tigers (JST), Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan bertanding buat kali kedua berturut-turut selepas membuat debut pada 2019.

“Sama-sama kita nantikan siapakah bakal lawan JDT di peringkat kumpulan yang bakal bermula pada bulan Februari 2020.

“Teruskan sokongan anda kepada skuad Harimau Selatan. Luaskan Kuasamu Johor,” kata kenyataan itu.

Musim lalu, JDT telah berjaya melayakkan diri untuk menyertai kejohanan bolasepak berprestij di benua Asia.

Kini, pasukan yang diberi jolokan Harimau Selatan itu bakal menggalas tugas mewakili negara Malaysia dalam pertandingan yang menghimpunkan pasukan-pasukan terhebat dan terkuat di benua Asia.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: