Uncategorized

Lebih 1,000 kenderaan, 10,000 pengunjung gegarkan Karnival Permotoran Kedah 2019


Ribuan ribu hadir ke Karnival Permotoran Kedah 2019 di Kulim.

KULIM – Lebih 1,000 kenderaan daripada pelbagai jenis termasuk kereta pacuan empat roda dan motosikal membanjiri Karnival Permotoran Kedah (KPK) yang dianjurkan di Dataran MBI Desaku, Kulim di sini hari ini.


Penganjuran program satu hari yang bersempena dengan ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2020 dan cuti persekolahan itu mensasarkan kehadiran kira-kira 7,000 hingga 10,000 pengunjung dengan lebih 10 acara permotoran melibatkan drift, Lite Core Challenge, Retro Bike dan Automotive Marketplace.


Pengerusi Seketariat Penganjuran KPK, Abdul Rahman Ahmad berkata, program tersebut menggabungkan beberapa cabang permotoran utama yang segar di Malaysia terutamanya di negeri sebelah utara tanah air iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.

Pameran autoshow antara yang dapat perhatian pengunjung.


Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Pertubuhan Belia Amanah (Pembela) berkata, acara tersebut turut menyatukan pemilik serta peminat arena permotoran termasuk pengusaha dalam bidang automotif tanpa mengira latar belakang berhimpun bagi berkongsi dalam penganjuran berskala besar yang julung-julung kali diadakan.


“Skop permotoran adalah rentas budaya dan bangsa jadi penganjuran kali ini bertujuan untuk menjadi platform penyatuan semua pihak dalam sector permotoran termasuk pihak industri dan kerajaan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Menurutnya, sukan permotoran dilihat semakin mendapat tempat di hati pelbagai lapisan masyarakat dan ia juga merupakan perkembangan positif yang dapat mengurangkan penularan gejala tidak sihat dalam masyarakat.

Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Perdana Menteri, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman (kanan) turut menyokong penganjuran Karnival Permotoran Kedah 2019.


“Kita berharap program umpama akan terus mendapat perhatian semua pihak terutama pihak kerajaan kerana ia turut menarik jumlah pelancongan tinggi yang akhirnya menyumbang kepada pendapatan kerajaan dan juga memberi impak kepada ekonomi setempat,” jelasnya. 


Program tersebut mendapat kerjasama daripada Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Ezcare Warranty, Pendekar Wrap, 2 Brothers Concept, Agensi Kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan dan Jalan (JPJ), MARii, Tourism Kedah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kelab permotoran di negeri ini.


Antara acara yang dianjurkan untuk peserta serta pengunjung adalah Olskool Car, Custom Section, Club & Community, Gathering, Drift Trike, Autoshow, Audioshow, Stance dan perkhidmatan Van Mobile JPJ.

Exco Kedah, Firdaus Ahmad hadir merasmikan Karnival Pemotoran Kedah 2019.


Program tersebut juga dijangka akan dimeriahkan lagi dengan  kehadiran pelbagai jenis kenderaan ‘rare’ atau sukar didapati di jalan raya dari selurh pelusuk negara dan negara jiran seperti monster truck dan 4×4 Klasik.

Karnival Permotoran Kedah (KPK) adalah program anjuran Pertubuhan Belia Amanah (PEMBELA) dengan kerjasama Himpunan Anak Kedah Malaysia (HaKEM) serta Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKNK).


 Program tersebut mendapat kerjasama daripada Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Ezcare Warranty, Pendekar Wrap, 2 Brothers Concept, Agensi Kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan dan Jalan (JPJ), MARii, Tourism Kedah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kelab-kelab permotoran di negeri ini.


Antara objektif penganjuran program kali ini adalah bagi mengeratkan tali silaturahim sesama ahli kelab permotoran di utara tanah air dan seluruh negara dan menjalin hubungan yang baik dengan pihak berkuasa tempatan serta badan-badan kerajaan.


Program kali ini juga dilihat dapat meraikan serta menanam semangat uskan permotoran yang sihat selain merapatkan jurang antara peminat kenderaan bermotor yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: