Uncategorized

Fifa 20 : Alhafis puas hati tempat ke-4


Para pemenang bergambar bersama Kejohanan Mara Digital Fifa 20 di Kuala Lumpur, semalam

“Muncul tempat ke-4 terbaik keseluruhan adalah satu kejayaan buat saya dan sentiasa bersyukur atas pemberiannya.”

Itu nada lembut dilontarkan Mohamad Noor Alhafis Jaafar kepada Cakap Sukan ketika ditemui selepas berakhirnya Kejohanan Mara Digital Fifa 20 di Kuala Lumpur, semalam.

Anak muda kelahiran Teluk Intan ini yang baru berusia 25 tahun mara sehingga aksi separuh akhir sebelum tunduk kepada peserta lawan.

Katanya, saingan cukup sengit sebelum dia terpaksa akur dan menerima kekalahan dengan hati terbuka.

“Ini kali kedua saya bertanding di luar Perak. Sebelum ini ada sertai kejohanan di Pulau Pinang. Saya mendapat pengalaman berguna dari aspek persediaan mental dan fizikal. Tahniah kepada para pemenang,” ujarnya yang kini berkhidmat dalam sektor swasta.

Alhafis (dua, kiri) menerima hadiah tempat keempat.

Seramai 64 peserta sekitar Lembah Klang termasuk penyertaan dari Perak mengambil bahagian sempena Sambutan ulang tahun keempat Mara Digital Kuala Lumpur.

Sementata itu, pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini sepanjang kejohanan berlangsung.

“Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat antaranya Kelab Sukan Elektronik Darul Khusus -ESC sebagai co-penganjur pertandingan PUBG Mobile, Chillax E-Sports sebagai co-penganjur pertandingan Playstation 4 (FIFA 20), TM Unifi, KAGAG (pembekal CCTV), pengacara majlis daripada ULAT BULU MAN (UBM Production), penceramah undangan Raja Tengku Raja, para penaja, para penyewa di MARA Digital KL, dan semua staff WGN Scan Sdn Bhd.

“Terima kasih juga kepada para pengamal media yang hadir membuat liputan kemeriahan program ini.

“Segala yang baik datang daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datang daripada kami.

“Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang. In sya Allah jika ada peluang, kami akan lakukan yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: