
PERSIAPAN pasukan Terengganu FC (TFC) menghadapi saingan Liga Malaysia 2020 terus rancak apabila menandatangani kontrak pemain import baharu, Babacar Diallo.
Diallo, 30 yang berasal dari Senegal hadir selaku pemain import kelima TFC bermain diposisi pertahanan dan mengikat kontrak selama satu tahun.
Ketua Jurulatih TFC, Mohd Nafuzi Zain menjelaskan, Diallo yang memiliki ketinggian 1.93 meter menamatkan penantian pemain import kelima yang beraksi diposisi pertahanan.
“Tumpuan kini adalah untuk membina keserasian antara pemain dalam membentuk pasukan.
“Babacar Diallo akan mengemudi barisan pertahanan dan kehadiran beliau diperlukan bagi memantapkan posisi tersebut dalam menghadapi musim Liga Super 2020,” katanya hari ini.
Untuk rekod, dia merupakan bekas pemain kelab Kuopion Palloseura yang beraksi dalam kancah Liga Finland dan membantu kelab meraih kejuaraan Finland selepas kali terakhir memenanginya 43 tahun yang lalu.
2 Disember lalu, TFC berjaya mengikat pemain import dari Mauritania, Dominique Da Sylva dalam usaha mengukuhkan lagi jentera serangan skuad itu musim 2020.
Add Comment