
MANCHESTER City nampaknya kian jauh dari pemburuan Trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. Paling ketara, setelah mereka tumbang ke atas rival sekotanya, Manchester United.
Seperti yang diketahui, skuad bimbingan Josep Guardiola itu kalah kepada Manchester United dengan jaringan 1-2. Keputusan tersebut membuatkan mereka kini ketinggalan 14 mata daripada Liverpool yang mudah mengalahkan Bournemouth 3-0.
Situasi ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku pada dua musim lalu, di mana Manchester City keluar sebagai pemenang EPL. Mereka tampak begitu gagah dan sukar untuk ditewaskan pada waktu itu.
Contohnya, pada musim 2018/19, di mana City berjaya mengutip 100 mata dan terlalu unggul meninggalkan penghuni tangga kedua. Dan musim lepas , mereka menjadi juara meskipun The Reds hanya tewas satu perlawanan sepanjang musim.
Lalu, apa sebenarnya masalah yang berlaku dalam kem Manchester City? Daily Mail cuba menganalisis situasinya.
Masalah di posisi pertahanan tengah
Bahagian bek tengah merupakan krisis utama Manchester City musim ini. Pada musim panas lepas , mereka kehilangan Vincent Kompany dan gagal mendapatkan penggantinya.
Cedera panjang yang dialami Aymeric Laporte membuatkan krisis ini kian parah. Seperti yang diketahui, pemain berdarah Perancis tersebut mengalami cedera ACL yang memaksanya disisihkan hingga tahun 2020.
Guardiola berusaha menggantinya dengan Fernandinho. Eksperimen itu berhasil. Namun pemain penggantinya seperti John Stones dan Nicolas Otamendi, belum cukup baik untuk membantu Fernandinho di bahagian pertahanan.
Kehadiran Rodri juga tidak memberi apa-apa makna dan menjadikan situasinya kian buruk. Lelaki berbangsa Sepanyol itu mepunyai kualiti, tetapi masih proses menyesuaikan diri dengan aksi EPL. Hasilnya, kehadiran Rodgi pun masih belum cukup untuk menggantikan Fernandinho di barisan tengah.

Bek Kiri
Krisis bek tengah berterusan menjadi masalah besar seperti yang berlaku di bahagian kiri pertahanan. Benjamin Mendy yang baru saja kembali bermain selepas mengalami cedera parah tak mampu memberikan impak yang baik.
Guardiola sudah mencuba beberapa pemain seperti Oleksandr Zinchenko dan Fabian Delph. Sayang percubannya itu tidak memberikan hasil.
Manchester City kemudian mengeluarkan sejumlah wang untuk mendapatkan Joao Cancelo dari Juventus. Namun sampai sekarang, pemain berkebangsaan Portugal itu lebih banyak duduk memanaskan di bangku simpanan.
Liverpool
Liverpool menjadi masalah bagi Manchester City. Kelab kendalian Jurgen Klopp terus memberikan tekanan kepada mereka dengan semangat yang kuat untuk meraih gelaran EPL pertamanya sejak sekian lama kemarau kejuaraan.
Pada musim lepas , mereka memaksa Manchester City berjuang hingga perlawanan terakhir untuk mendapatkan trofi. The Citizens hanya mengatasi Liverpool dengan perbezaan satu mata saja.
Saingan Eropah pula kelihatan jauh dari genggaman Manchester City, dan semangat untuk memenangi gelaran EPL mulai kelam.
Masa depan Guardiola di Manchester City
Spekulasi berhubung soal masa depan Guardiola terus hangat diperkatakan. Kontraknya akan tamat pada akhir musim depan, di mana dirinya akan bertahan lebih lama di City berbanding sewaktu melatih Bayern Munchen ataupun Barcelona.
Masalah keluarga juga sebagai faktornya. Isteri Pep, Cristina, berserta anak perempuan yang paling kecil diketahui sudah berpindah kembali ke Sepanyol pada bulan September lalu.
Terdapat kelab besar dikhabarkan berminat dengan Pep. Pada musim panas lepas, Juventus merupakan pasukan yang disebut-sebut paling ideal untuk menjadikan dirinya sebagai pengganti Massimiliano Allegri.
Merosotnya kualiti David Silva
Tidak boleh dinafikan bahawa David Silva merupakan salah satu pemain terbaik di EPL dalam beberapa tahun terakhir ini. Dia juga merupakan pemain kunci dalam memastikan kejayaan Manchester City meraih trofi.
Namun faktor usia mungkin penyebab penurunan prestasi Silva. Sekarang usianya sudah mencapai 33 tahun dan kualiti permainan juga kian menurun.
Namun demikian, Guardiola tetap meyakini khidmat pemain itu dan tetap menggunakan Silva dalam tiga perlawanan terakhir.
Walhal, City masih ada Phil Foden yang memiliki potensi besar walaupun masih lagi muda dan tak cukup pengalaman besar bermain aksi kompetitif.
Add Comment