Uncategorized

Anthony Joshua kalahkan Andy Ruiz, rangkul gelaran dunia


Joshua (kiri) kembali rangkul gelaran kelas heavyweight di Arab Saudi sebentar tadi.

Anthony Joshua terselamat daripada badai padang pasir untuk merebut semula gelaran kelas heavyweight dengan kemenangan ke atas Andy Ruiz Jr pada pertarungan di Arena Diriyah, Arena Saudi sebentar tadi.

Peninju profesional British itu mengalahkan lawan dengan kiraan mata 118-110 (dua kali) yang mana dia tewas kepada Ruiz pada bulan Jun lepas.

Dalam pertarungan yang telah diancam dengan kelewatan berikutan hujan padang pasir yang membadai lokasi gelanggang, Joshua membuktikan dia layak bergelar juara untuk membolot wang pertaruhan.

Pada pusingan kedua, dia yang juga bekas juara kelas berat dunia bekas yang memegang gelaran WBA, IBF, WBO dan IBO antara 2016 dan 2019 tampil lebih tersusun dan berdisiplin dengan, sebahagian besarnya menguasai pertarungan.

Tidak ada keraguan selepas itu apabila dia berjaya mengakhiri permainan di pusingan terakhir.

Pengesahan kemenangan Joshua disambut dengan pekikan gegak gempita daripada 16,000 penonton di tempat yang dibina khas di ibu negara Arab Saudi, yang menjadi tuan rumah untuk pertarungan utama buat pertama kalinya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d