Uncategorized

Abigail genggam dua perak acara gusti lengan di Poland


Abigail bersama bendera Sarawak di Kejohanan Gusti Lengan IFA 2019 Poland.

ABIGAIL Kee meraih dua pingat perak dalam Kejohanan Gusti Lengan Dunia Persekutuan Gusti Lengan Antarabangsa (IFA) 2019 di Poland, baru-baru ini.

Atlet gusti lengan kelahiran Sarawak itu memperoleh pingat pertama menerusi kategori sub-junior (70kg ke atas kiri) dan kategori lengan kanan.

Baru berusia 15 tahun, dia menyifatkan segala usaha yang dilakukan cukup berbaloi apabila berjaya mengharumkan nama negara dan negeri.

“Walaupun perit, tetapi gembira atas kemenangan mengatasi segalanya, ini lebih bermakna,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dalam portal Utusan Borneo Online.

Dia juga berterima kasih kepada Majlis Sukan Sarawak dan semua pihak yang menyokong usaha dan memberi dorongan kepadanya selama ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: