
Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Shakir Saari telah menyertai barisan kejurulatihan skuad senior menjelang kempen 2020 dalam usaha untuk memastikan terdapat perkembangan kerjaya bagi pemain senior yang telah berkhidmat di kelab.
Menurut laman Facebook Johor Southern Tigers, Shakir, yang telah menjalani kursus kejurulatihan sewaktu beliau masih sebagai pemain, menyertai Harimau Selatan pada tahun 2014.
“Beliau mengetuai JDT II pada 2018 dan 2019 kerana kelab mahukan pengalaman berharga beliau dapat dikongsikan dan membantu membimbing pemain-pemain muda,” kata kenyataan itu.
Shakir menjulang 10 piala bersama JDT – empat kejuaraan Liga Super Malaysia, dua Piala Sumbangsih, Piala AFC 2015, Piala FA 2016, Piala Malaysia 2017 dan Challenge Cup 2019.
Add Comment