Uncategorized

Sarawak United ke Liga Perdana


Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) kini mengambil alih pasukan Selangor United, yang kini dijenamakan sebagai Sarawak United.

Perkembangan ini disahkan oleh Presiden FAS, Datuk Posa Majais dalam pertemuan eksklusif dengan Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau berkata, pasukan baharu itu kini sedang dibentuk dan pengumuman mengenainya akan dibuat pada minggu depan.

Pihaknya juga telah mengenal pasti sekurang-kurangnya tujuh calon ketua jurulatih setakat ini.

Jelasnya, lima calon jurulatih tersebut adalah dari luar negara, dengan masing-masing dari Sepanyol, Belgium, Iran, Singapura dan tiga jurulatih tempatan dari negara ini.

Mengulas pengambilalihan pasukan tersebut daripada Selangor United, katanya ia berlaku secara sah dan teratur.

Tindakan itu juga merupakan satu sejarah kerana tidak pernah berlaku pada mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia.

Beliau berharap, banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri akan membantu selepas ini, terutama dari segi peruntukan kewangan.

Presiden FAS itu turut mengesahkan Hamzah Ibrahim yang dinamakan sebagai pengurus Sarawak FA sebelum ini, akan bertindak sebagai pengurus Sarawak United.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: