Nazrin Nawi akhirnya sarung jersi Kelantan

Bekas pemain Melaka United, Mohd Nazrin Mohd Nawi muncul ‘pemain tempatan pertama’ menyertai Kelantan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Satu sumber terdekat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mendedahkan pemain sayap kiri itu telah disunting bagi memperkuatkan cabaran skuad kendalian Yusri Che Lah.

Menurut sumber itu, ia diibaratkan sirih pulang ke gagang memandangkan pemain berusia 31 tahun itu sememangnya dilahirkan di Kelantan.

“Mengikut rekod, dia (Mohd Nazrin) tidak pernah menyarung jersi pasukan senior negeri dalam sejarah kariernya dan ini merupakan pertama kali (mewakilli Kelantan) setelah beberapa tahun lalu, hampir berbuat demikian.

“Apa pun, kita berharap kehadirannya dapat membantu mengukuhkan pasukan Kelantan berdasarkan pengalamannya beraksi dengan pasukan lain, sejak 10 tahun lalu,” kata sumber berkenaan.

Pemain berasal dari Tumpat ini merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan memulakan kerjaya bersama UPB-MyTeam (2009-2010), KL Plus FC (2010-2011), Kuala Lumpur (2011-2012) selain Negeri Sembilan, Johor Darul Ta’zim, Perak dan Melaka United.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s