Uncategorized

Aksi derby Manchester dibayangi krisis kecederaan

Rashford sejak kebelakangan ini bermain baik sebagai sayap kiri.

PERTEMBUNGAN dua kelab setempat, Manchester City dan Manchester United pada aksi ke-15 Liga Perdana Inggeris akan berlangsung di Stadium Etihad, awal pagi Ahad ini (1.30 pagi waktu Malaysia).

‘Istimewanya’ derby kali ini adalah kedua-dua pasukan masing-masing berdepan masalah krisis kecederaan pemain yang meruncing.

Apatah lagi, perlawanan ini amat penting baik City mahupun United. Manchester City, sebagai tuan rumah, tidak boleh melepaskan mata penting kerana jarak mata dengan Liverpool yang berada di puncak sangat jauh.

The Citizens kini berada di kedudukan ketiga EPL dengan meraih 32 mata. Pasukan bimbingan Pep Guardiola itu ketinggalan 11 mata berbanding Liverpool. Andai kata mereka kalah, atau kehilangan mata, dan Liverpool menang, maka jarak mata pasti akan makin melebar.

Sedangkan, Manchester United pula dalam misi untuk mempertahankan momentum kemenangan. Marcus Rashford dan kawan-kawannya baru saja menang ke atas Tottenham Hotspur. The Red Devils kembali di landasan kemenangan selepas tiga perlawanan berturut-turut yang mengecewakan.

Manchester City sebenarnya masih belum tampil dengan kekuatan penuh. Dua pemain mereka, Aymeric Laporte dan Leroy Sane masih dilanda kecederaan.

Kesebelasan kemungkinan Manchester City.

Selain itu, Pep Guardiola juga belum boleh menurunkan Sergio Aguero. Kehilangan peledak asal Argentina itu sudah tentu menjadi berita buruk bagi United. Namun, Gabriel Jesus menjadi harapan apabila beraksi cemerlang ketika bertemu Burnley, baru-baru ini.

Sama seperti Man City, Manchester United juga masih kehilangan pemain yang mengalami cedera lama. Eric Bailly, Diogo Dalot, Timothy Fosu-Mensah dipastikan terlepas aksi di Etihad. Manakala, Paul Pogba masih ragu-ragu untuk kembali bermain.

Satu masalah pelik bagi United adalah kecederaan yang dialami Anthony Martial. Pemain asal Perancis tersebut menjadi penyerang yang begitu diperlukan Ole Gunnar Solskjaer, bersama Marcus Rashford menggempur di barisan depan.

Riyad Mahrez yang beraksi bagus ketika melawan Burnley dijangka akan bermain dalam kesebelasan utama. Dia akan bermain di posisi sayap kanan. Raheem Sterling pula diletakkan posisi kiri serangan Manchester City.

Tiga pemain tengah City dijangka diisi oleh David Silva, Kevin De Bruyne, dan Rodri. Trio ini diyakini bakal menjadi pilihan terbaik Pep. Manakala, Ilkay Gundogan berada di bangku simpanan dan bakal menjadi pemain gantian.

Kesebelasan kemungkinan Manchester United

Kehilangan Anthony Martial bakal menjadi tugas rumit bagi Ole Gunnar Solskjaer. Meletakkan Marcus Rashford sebagai penyerang tengah boleh menjadi satu pilihan, tetapi Rashford sejak kebelakangan ini bermain baik sebagai sayap kiri.

Atau, Solksjaer menggunakan Mason Greenwood sebagai penyerang tengah. Greenwood boleh memberi kejutan. Dia memiliki kecepatan yang boleh mengucar-ngacirkan Fernandinho di bahagian pertahanan Man City.

Ramalan anda untuk keputusan perlawanan ini nanti ?

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: