Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) masih meneruskan usaha mencari kebenaran di dalam kes perpindahan pemain, Akhyar Rashid ke Johor Darul Ta’zim (JDT) pada tahun 2018.

Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, selepas gagal di peringkat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kes ini dirujuk pula ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di Kuala Lumpur dan keputusannya akan diketahui selewat-lewatnya hujung bulan ini.
Menurutnya, bagi kes tuntutan KFA terhadap Persatuan Bolasepak Johor, ianya seolah-olah tidak bergerak kerana hingga kini ia masih belum memasuki fasa rayuan.
“KFA mengharapkan FAM akan bertindak telus dalam menyelesaikan isu ini dengan segera.
“Untuk makluman juga, sumbangan yang telah dikutip untuk Tabung CAS-KFA yang berjumlah RM 50,000 dahulu telahpun habis digunakan untuk menampung kos guaman dua kes di atas dan ia tidak mencukupi, malah KFA menanggung segala kos tambahannya “katanya pada ucaptama Kongres KFA ke-44 di Wisma Darul Aman hari ini.

KFA pada sidang media 22 Oktober 2018 mengesahkan bahawa Akhyar menghantar ‘transfer request’ daripada mereka untuk menyertai pasukan JDT.
Naib Presiden KFA, Anas Hafiz Mustaffa ketika itu menegaskan JDT cuba mendapatkan Akhyar tanpa sebarang hitam putih.
Add Comment