
Pasukan Woodball Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menjadi juara di Kejohanan Woodball Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2019 yang telah berlangsung pada 28 November 2019 hingga 1 Disember 2019 bertempat di Universiti Tenaga Nasional Malaysia (UNITEN) anjuran Majlis Sukan IPTS Malaysia dengan kerjasama UNITEN.
Sebanyak tujuh buah IPT telah menyertai kejohanan tersebut iaitu UiTM, Universiti Sains Malaysia, Universiti Tenaga Nasional Malaysia, Kolej Universiti Islam Perlis, Kolej Vokasional Sultan Hj Ahmad Shah, Politeknik Malaysia, Kolej Komuniti Malaysia.
Pertandingan dijalankan sebanyak sembilan kategori.
Pasukan Woodball UiTM telah menyertai tujuh kategori dalam kejohanan tersebut.
Dengan menjuarai sebanyak lima kategori dan mendapat tempat kedua sebanyak dua kategori, UiTM dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Woodball IPT 2019.
Add Comment