Uncategorized

Rangkul Ballon d’Or terbanyak, layakkah Lionel Messi digelar The GOAT?


Lionel Messi rangkul gelaran Ballon d’Or 2019 awal pagi tadi.

LIONEL Messi baru saja mendapatkan gelaran Ballon d’Or 2019 awal pagi tadi. Gelaran ini menjadikan pemain kelab Barcelona itu menjadi manusia dengan perolehan gelaran pemain terbaik dunia paling banyak. Sudah layak menjadi The GOAT?

Ballon d’Or 2019 sejak awal diramal bakal menjadi milik Lionel Messi. Sebabnya, tuan diri pemain ini tampil begitu baik sepanjang 2019, walaupun kalah kepada pemain lain dari segi kejuaraan.

Bersama Barcelona, Lionel Messi tampil dominan di La Liga. Cuma, dia hanya kalah ketika bersaing dengan Liverpool di Liga Juara-juara. Messi juga gagal ketika mewakili pasukan kebangsaan Argentina di Copa America 2019.

Pada malam gala Ballon d’Or 2019, Lionel Messi menerima penghargaan daripada Luka Modric. Di bawah Messi, ada Virgil van Dijk dan Cristiano Ronaldo yang menjadi pemenang kedua dan ketiga.

Gelaran Ballon d’Or 2019 membuatkan Lionel Messi kini menjadi manusia dengan gelaran Ballon d’Or paling banyak di dunia. La Pulga meraihnya enam kali, mengatasi Cristiano Ronaldo yang meraih lima kali.

Lionel Messi mendapatkan gelaran Ballon d’Or pada edisi 2009, 2010, 2011, 2012, 2015, dan 2019.

Bukan hanya Ballon d’Or, Lionel Messi juga dominan dalam penghargaan pemain terbaik dunia versi FIFA (kini dikenali dengan nama FIFA Best) . Pemain asal Argentina juga meraih enam gelaran pemain terbaik dunia versi FIFA.

Lionel Messi juga menjadi satu-satunya pemain yang mampu meraih gelaran pemain terbaik FIFA enam kali, paling banyak jika hendak dibandingkan dengan pemain lainnya.

Dengan rangkaian catatan hebat tersebut, sudah layakkah Lionel Messi mendapat gelar The Greatest Of All Time [The GOAT] atau pemain terbaik sepanjang masa?

Lionel Messi gagal membawa Argentina ke final Copa America 2019 selepas dikalahkan Brazil pada aksi separuh akhir. semifinal. Argentina kalah 2-0 di Belo Horizonte, 3 Julai lepas.

Satu hal yang akan terus menjadi bualan peminat dalam karier gemilang Lionel Messi adalah kegagalannya bersama skuad Argentina. Dia boleh saja meraih meraih banyak gelaran bersama Barcelona, tetapi belum ada satu pun trofi atau kejuaraan untuk Argentina.

Lionel Messi beberapa kali membawa Argentina mara ke final pertandingan besar, termasuk Piala Dunia. Namun, setakat ini belum ada gelaran juara yang mampu diraih. Messi belum mendakap gelar juara Copa America mahupun Piala Dunia.

Bagaimanapun, Lionel Messi masih mempunyai kesempatan untuk memperbaiki catatannya bersama pasukan kebangsaan. Lagipun, La Pulga belum bersara dengan skuad Argentina. Siapa tahu, Piala Dunia 2022 mungkin boleh menjadi masa terbaiknya memenangi untuknya meskipun usianya telah memasuki 34 tahun.

Sumber: Squawka


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: