Uncategorized

Kejayaan Fared Haikal banggakan sifu


Fared (kiri) bersama Mohamad Hakimi yang menggilap bakatnya hingga terpilih mewakili pasukan Harimau Olimpia FC.

PERSEMBAHAN Fared Haikal Azli pada kejohanan Piala Phuket 2019 Bawah 15 Tahun baru-baru ini cukup memberangsangkan dan membuka mata banyak pihak.

Pelajar Sekolah Menengah Dato Permaisuri di Miri yang bermain di posisi pertahanan itu tampil begitu cemerlang sepanjang kejohanan dan membantu pasukan Harimau Olimpia FC mengalahkan Cruzeiro Academy Thailand 1-0 dalam pentas akhir di Kompleks Sukan Thanyapura, Phuket.

Jurulatih Pembangunan Sarawak, Mohamad Hakimi Man yang berjaya mengesan bakat dan kebolehan Fared jelas gembira apabila mampu bersaing dan menempatkan diri dalam kesebelasan utama Harimau Olimpia FC.

“Ketika saya diberikan amanah selaku seorang panel pemilihan bagi memilih pemain menggalas cabaran Sarawak B-15 ke kejohanan MSSM di Kelantan 2019, Fared Haikal telah pun saya cadangkan untuk dipilih, namun bukan rezeki. Dia tidak dipilih pada masa itu.

“Saya amat menyakini setiap potensi pemain yang dipilih berdasarkan beberapa penilaian teknikal yang dibuat. Bukan mudah untuk memilih pemain kerana ianya begitu subjektif. Kaca mata setiap jurulatih adalah berbeza.. saya belum cukup ilmu jika dibandingkan dengan mereka yang lebih arif,” ujar Mohamad Hakimi kepada cakapsukan.com.

Namun begitu, beliau memberitahu setiap kekecewaan yang dialami jika bijak mengadaptasikannya ianya akan menjadi pemangkin semangat untuk bangkit kembali.

“Kita perlu percaya pada diri dan apa yang penting adalah kita memilih serta mengikut nasihat yang betul daripada orang yang anda yakini tanpa prejudis.

“Alhamdulillah, rezeki Allah takkan terkikis jika kita sentiasa berusaha, berkerja keras dan fokus dengan matlamat kita. Peluang yang saya dapatkan untuk pemain yang kurang diberi perhatian datang tanpa diduga dan perlu dipergunakan sebaiknya,” jelasnya lagi.

Sementara itu, beliau mahu Fared Haikal berpindah ke Kolej Vokasional pada 2020 supaya dapat berlatih secara sistematik bersama mereka selama empat tahun.

Fared Haikal kini bangkit dan mendapat tempat bersama pasukan Harimau Olimpia FC yang berpangkalan di Cyberjaya, Selangor hasil usaha gigih yang beliau usahakan.

“Tanpa di duga Harimau Olimpia FC menjuarai Phuket International B-15 Cup 2019. Itulah nama barakah dalam usaha tanpa jemu.

“Selepas ini dia akan meraih satu lagi pengalaman yang amat berguna dengan beraksi pada Kejohanan B-16 di Kuala Lumpur pada 6 hingga 8 Disember 2019,” katanya.

Mohamad Hakimi juga mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Presiden Harimau Olimpia FC, Dato Rosniaida Ismail di atas ruang dan peluang yang diberikan buat pemain daripada Miri mempamerkan bakat terpendam.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading