Uncategorized

JSSL Singapura raih gelaran kelima


JSSL Singapura lakar gelaran kelima Kejohanan Antarabangsa Junior RSC. FOTO : FB JSSL Singapore

INI adalah gelaran kelima bagi Kelab Bola Sepak JSSL Singapura kerana mereka dinobatkan sebagai juara Kejohanan Antarabangsa Junior Dato Chu Ah Nge anjuran Kelab Diraja Selangor (RSC).

JSSL FC Singapura memperoleh 15 mata daripada pelbagai kategori, hasil prestasi cemerlang mereka dengan memenangi Bawah 14 dan Bawah 16 dan naib juara kategori Bawah 8 dan Bawah 10.

Bintang Biru Penang yang memperoleh sembilan mata berada di tempat kedua keseluruhan.

Ia adalah hujung minggu yang menyeronokkan untuk 81 pasukan dengan pembabitan 1,000 kanak-kanak pada kejohanan yang telah berlangsung selama 15 tahun.

Dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak RSC di bawah bimbingan dan kepimpinan yang bijak seperti Dato Gerald Gerald Rakish Kumar, terukir kegembiraan pada wajah keluarga dan pemain ketika mereka sedang bersaing.

Walaupun hujan turun pada sebelah petang, ia tidak melemahkan semangat pemain kerana mereka benar-benar menikmatinya di padang Royal Selangor Club.

Dengan ibu bapa yang memainkan peranan penting, memberi kata-kata semangat buat pemain terus melonjakkan lagi motivasi bagi membina kematangan serta tahap kemahiran yang tinggi.

Kini, ramai pihak yang menanti tarikh untuk edisi 2020 Kejohanan Antarabangsa Junior RSC.

KEPUTUSAN

Bawah 8 Tahun

Tempat ke-3 dan ke-4
Bintang Biru 1-0 FC KL

Akhir
Young Guns FC 1-0 JSSL FC

Bawah 10 Tahun

Tempat ke-3 dan ke-4
Bintang Biru 1-0 Akademi Bola Sepak Java

Akhir
TSS Club 1-0 JSSL FC 1-0

Bawah 12 Tahun

Tempat ke-3 dan ke-4
KIFC 2-0 Brazil

Akhir
Bintang Biru FC 2-1 KLYS

Bawah 14 Tahun

Tempat ke-3 dan ke-4
Akademi Bola Sepak Brazil 1-0 Bintang Biru

Akhir
JSSL 1-0 JSA Sports Academy

Bawah 16 Tahun

Tempat ke-3 dan ke-4
KLYS 1-0 Subang Jaya

Akhir
JSSL 1-0 Maldives Soccer Mates


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: