Uncategorized

Hadiah hari lahir Zhen Yi bantu Pulau Pinang muncul juara

Pulau Pinang muncul johan keseluruhan kejohanan tahun ini.

PEMAIN perseorangan lelaki, Ong Zhen Yi memastikan mata kemenangan buat Pulau Pinang setelah menundukkan Kuala Lumpur 2-1 dalam kategori Lelaki Bawah 16 Tahun Kejohanan Badminton Berpasukan Antara Negeri 100Plus di Dewan Badminton Bukit Dumbar.

Lebih manis, mata kejuaraan tersebut diraih ketika pemain berusia 16 tahun itu meraikan ulang tahun kelahirannya, hari ini dengan menewaskan Hooi Shao Herng, straight set 21-13,21-15.

Ia sekali gus membolehkan Pulau Pinang selaku tuan rumah berjaya mempertahankan kejuaraan yang pernah dimenangi di Kota Bharu, pada tahun lalu.

Pulau Pinang bagaimanapun terpaksa bangkit mencari mata penyamaan setelah Samuel Lee tewas 17-21, 18-21 kepada Justin Hoh dalam aksi perseorangan pertama.

Gandingan Goh Boon Zhe dan Rayner Beh Chun menewaskan Jeremy Goonting/Muhammad Fazriq Razif dalam aksi sengit yang berlarutan hingga tiga set, 21-17,14-21,21-18.

Pulau Pinang turut mendominasi kejuaraan Lelaki dan Perempuan Bawah 12 Tahun setelah mengalahkan Kedah 2-1 dan Kuala Lumpur, 2-0.

Sementara itu, kategori Perempuan Bawah 16 Tahun, Selangor mengesahkan kejuaraan dengan mengatasi Johor 2-1.

Siti Nurshuhaini pastikan gelaran B-16 milik Selangor.

K Letshanaa memberikan mata pertama buat Selangor dengan menumpaskan Carmen Ting Wei Wen 21-11,21-10 tetapi beregu mereka, Ho Lo Ee/Loh Zhi Wei tumbang 18-21,22-24 kepada pasangan Hoe Shi Jun/Oh Jia Qi.

Perseorangan kedua, Siti Nurshuhaini Azman akhirnya memastikan kejuaraan buat Selangor apabila mengatasi Lim Shin, 21-19,21-18.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: