Uncategorized

Ratusan jagoan seni bela taekwondo berhimpun di Shah Alam


Ratusan jagoan seni mempertahankan diri berkumpul di Seksyen 19, Shah Alam sempena kejohanan kebangsaan seni bela diri Taekwondo peringkat sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada 30 November lalu.

Menurut Presiden Persatuan Seni Bela Diri Taekwondo Malaysia, Master S.Edwin, kejohanan merebut Piala Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad melibatkan pelajar sekolah dari usia enam hingga ke atas 19 tahun ke atas.

“Taekwondo bukan sekadar seni tempur tetapi wadah menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

“Bagi memberi prestij kita mendapat kerjasama daripada Menteri Wilayah Persekutuan untuk menaja piala tersebut,” katanya.

Edwin berkata, sebelum ini beliau hanya menganjurkan kejohanan peringkat sekolah semata-mata.

“Ia juga dapat menjalinkan dan mengukuhkan hubungan antara penggiat seni mempertahankan diri taekwondo serta perpaduan kaum,” katanya lagi.

Beliau berkata, para pelajar kini berpeluang untuk menyertai kejohanan yang bertaraf kebangsaan, sekali gus menimbulkan rasa gah dalam kalangan peminat seni bela diri tersebut.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia, Zainal Abas berharap kejohanan ini dapat menjalin dan mengukuhkan hubungan antara penggiat seni bela diri taekwondo dan merapatkan semangat integrasi dan perpaduan kaum.

Katanya lagi, pihak kementerian sentiasa menyokong penglibatan murid sekolah dalam pertandingan seperti ini demi kelangsungan aktiviti kokurikulum seni bela diri taekwondo di Malaysia.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d