
PASUKAN B-22 Malaysia akan menghadapi tuan rumah, Filipina pada aksi kedua bola sepak Kumpulan A Sukan SEA 2019, malam esok.
Pertembungan ini akan berlangsung di Stadium Rizal Memorial, Manila. Kini, anak buah Datuk Ong Kim Swee bertekad meneruskan momentum positif untuk mengintai slot mara ke peringkat separuh akhir.
Pada perlawanan pembukaan menentang Myanmar, skuad B-22 terikat 1-1 dan hanya mampu meraih satu mata.
Bagaimanapun, kemenangan ke atas Filipina nanti mampu mengangkat kepercayaan diri kem negara.
Penulis faham, perlawanan kedua melawan Filipina tidak akan berlangsung mudah kerana lawan juga mahukan kemenangan.
Kami di Cakap Sukan terus mendoakan agar skuad B-22 negara beraksi cemerlang sepanjang kempen dan beri fokus kepada 120 tumpuan atas padang.
Add Comment