Uncategorized

Sukan SEA 2019: Pasukan Indonesia B-22 tak sengaja makan daging babi

Pasukan Indonesia B-22 dikhabarkan oleh media Filipina tak sengaja memakan daging babi. (Foto: PSSI)

KHABAR kurang menyenangkan mengenai Kejohanan Sukan SEA 2019 kembali muncul. Akibat kurangnya koordinasi, pasukan bola sepak Indonesia B-22 dikhabarkan tak sengaja termakan daging babi.

Media Filipina, GMA News yang dipetik menyebut perkara ini berlaku pada 24 November lepas.

Pengarah Media PSSI, Gatot Widakdo, seperti dalam laporan GMA News berkata, bagi pemain Indonesia yang majoriti memeluk agama Islam, makan daging babi menjadi suatu hal yang haram.

“Sampai sekarang, mereka belum melakukan penambahbaikan. Jadi, kami berharap dalam beberapa hari ini mereka boleh lebih baik lagi dan memisahkan makanan halal dan yang non halal,” kata Gatot di GMA News.

Deretan masalah dalam penyelenggaraan Sukan SEA 2019, meliputi banyak hal. Dari aspek venue yang belum siap 100 peratus, seperti di Stadium Rizal Memorial, ruang sidang media yang sederhana, sehingga logistik makanan.

Memetik sumber laporan detikSport, Gatot ketika dihubungi pada Rabu, memaklumkan sudah ada penambahbaikan.

“Sekarang sudah diberi tanda (tulisan yang jelas).

“(Secara keseluruhan) makin baik,” katanya.

Walaupun dihimpit isu berkenaan, pasukan bola sepak Indonesia bermula langkah kanan. Mereka mencatat kemenangan 2-0 mengatasi Thailand di Stadium Rizal Memorial, Selasa lepas.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: