
PEMAIN bek Liverpool, Andrew Robertson menafikan kebimbangan mereka mengenai jadual perlawanan yang terlalu padat hingga akhir tahun nanti. Dia yakin setiap pemain The Reds bersemangat mengharungi apa jua pertandingan akan datang.
Pasukan kendalian Jurgen Klopp ini baru memulakan langkah pertama bermain 14 pertandingan dalam 43 hari. Juga, bakal ada dua pertandingan dalam tempoh 24 jam di benua berbeza, iaitu Piala Carabao dan Piala Kelab Dunia (18 Disember dan 19 Disember).
Jika Liverpool lepas ke pusingan berikutnya Piala Carabao, mereka bakal menghadapi aksi semifinal dengan format dua perlawanan. Ini bermaksud, boleh jadi bakal ada tujuh perlawanan harus di lalui Liverpool dalam satu bulan.
“Jika anda bertanya pada saya, apakah saya mahu menukar pingat juara Liga Juara-Juara saya demi pertandingan yang lebih sedikit, bukankah itu tidak mungkin terjadi ?
“Ketika kami memandangnya [jadual padat], ini seperti pujian. Penyebab kami boleh menghadapi pertandingan sebanyak ini adalah kerana kami telah berjaya.
“Ini kejayaan kami dan itulah kami harus memandangnya secara positif,” luah Robertson ketika dipetik dari FourFourTwo.

Ketika ditanya berkenaan jadual Piala Carabao dan Piala Kelab Dunia yang agak rapat Robertson yakin Liverpool sudah cukup kuat. Katanya lagi, Klopp mungkin bakal menurunkan dua pasukan berbeza dan pada saat yang sama, skuad muda untuk Piala Carabao, pasukan senior untuk Piala Kelab Dunia.
“Tentu saja bermain dua pertandingan dalam tempoh 24 jam tidak ideal, tapi jurulatih bakal menyelesaikan itu dengan baik,” kata Robertson.
Awal pagi esok, Liverpool akan menanti kunjungan Napoli untuk aksi Liga Juara-juara di Anfield tepat jam 4 pagi waktu Malaysia.
Add Comment