Uncategorized

Manchester United hanya turun skuad muda berdepan Astana malam esok

Solksjaer berkemungkinan membariskan skuad muda bertemu Astana malam esok.

Manchester United harus segera melupakan kegagalan mencatat kemenangan ketika bertemu pasukan yang baru dipromosikan Sheffield United di Liga Perdana Inggeris.

Mereka kini harus fokus pada lawatan jauh ke Kazakhstan untuk menghadapi Astana di Liga Europa, malam esok.

Dengan jarak 4.800 km, ini akan menjadi lawatan paling jauh The Red Devils di kejohanan Eropah.

Astana masih tanpa sebarang kutipan mata , dan sudah tidak mempunyai peluang untuk mara ke peringkat berikutnya. Sementara itu, United telah mengumpulkan 10 mata, dan hampir pasti mendapatkan satu tempat di peringkat 32 pasukan terakhir.

United unggul dua mata mengatasi AZ Alkmaar, dan enam mata meninggalkan Partizan. Jika menang di Astana Arena, dan AZ gagal menang berdepan Partizan, maka pasukan Ole Gunnar Solksjaer akan memastikan mereka menjadi juara kumpulan dengan baki satu perlawanan.

Pada aksi pusingan pertama, United menang dengan skor tipis di Old Trafford. Walaupun diramal bakal menang mudah, United dipaksa bekerja keras untuk meraih kemenangan lewat hasil gol tunggal Mason Greenwood minit 73.

Untuk pertembungan ini, Solskjaer bakal menurunkan majoriti pemain muda. Meskipun begitu, mereka tetap dituntut memburu kemenangan bagi menebus kehampaan seri 3-3 melawan Sheffield pada kempen liga domestik.

Barisan kemungkinan Manchester United
MU (4-2-3-1): Lee Grant; Shaw, Taylor, Tuanzebe, Laird; Garner, Levitt; Chong, Gomes, Lingard; Greenwood.

Pengurus : Ole Gunnar Solskjaer.

Info skuad: Bailly (cedera), Dalot (cedera), Fosu-Mensah (cedera), Gomes (cedera), Pogba (cedera), Rojo (cedera), McTominay (cedera), Shaw (meragukan), Matic (meragukan).

Statistik perlawanan

Pertemuan: 1
Astana menang: 0
Gol Astana: 0
Seri: 0
United menang: 1
Gol United : 1

5 perlawanan terakhir United (M-K-M-M-S)

31-10-2019 Chelsea 1-2 MU (Piala Carabao)
02-11-2019 Bournemouth 1-0 MU (EPL)
08-11-2019 MU 3-0 Partizan (UEL)
10-11-2019 MU 3-1 Brighton (EPL)
24-11-2019 Sheffield 3-3 MU (EPL).

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: