Uncategorized

Kejohanan Badminton 100Plus Interstate Remaja Kebangsaan 2019 : Pulau Pinang bermula baik


Reaksi pemain perseorangan wanita Pulau Pinang selepas mengutip mata pada aksi hari ini.

SEPERTI dijangka pasukan tuan rumah, Pulau Pinang lelaki bawah 16 bermula dengan baik setelah mencatat kemenangan 3-0 ke atas Terengganu pada hari pertama Kejohanan Badminton 100Plus Interstate Remaja Kebangsaan 2019 B-12 dan B-16, hari ini.

Semua pemainnya menyumbang kemenangan dengan pemain perseorangan pertama, Tan Wei Liang menewaskan Ridhuan Azim Mad Yassin (21-11, 21-3), beregu Ooi Yi Hern-Rayner Beh Chun Meng menumpaskan Ehon Heng- Muhammad Hilmi Ghazali (21-10 , 21-4) dan perseorangan terakhir Ong Zhen Yi mengalahkan Khew Sayan (21-7, 21-14) dalam masa satu jam empat minit.

Sedikit kejutan apabila Perak menewaskan Sabah hasil kemenangan 2-1 dengan dua pemain perseorangan mereka, Ewe Eon Eogene menang ke atas Ferdinan Ramno (22-20, 21-14) dan Anson Cheong mengalahkan Haikal Hashim (21-16, 21-15).

Melaka, Kuala Lumpur, Johor, Selangor dan Pahang pula berjaya melepasi lawan masing-masing.

Dalam kategori wanita B-16, pemain pilihan Pulau Pinang terpaksa bergantung kepada perseorangan terakhir mereka untuk meraih kemenangan 2-1 menentang pemain bukan pilihan Kedah.

Bagi Sarawak, Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur juga mencatatkan kemenangan ke atas lawan mereka.

Dalam kategori wanita B-12, Kuala Lumpur mengalahkan juara tahun lepas Johor dengan kemenangan 2-1, serta Melaka yang menewaskan Perak juga skor yang sama.

Manakala pemain pilihan utama Pulau Pinang bersama pasukan lain seperti Selangor, Sabah dan Terengganu, masing-masing mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas lawan masing-masing.

Pemain lelaki B-12, Pulau Pinang yang tahun lalu kalah di peringkat separuh akhir menang 3-0 ke atas Kelantan.

Sementara itu, Selangor, Johor, Sabah, Sarawak, Melaka dan Kedah juga menjadi pemenang pada pertemuan ke atas lawan masing-masing hari ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: