
Penulis tak pasti apakah kejadian isu bendera Malaysia tak cukup bucu bintang disengajakan atau tidak.
Sepatutnya, pihak berkenaan termasuk penganjur semak dan pastikan betul-betul sebelum ditayangkan kepada hadirin.
Semalam, tular di laman sosial mengenai isu bendera Malaysia yang ditayangkan di skrin ketika nyanyian lagu Negaraku dimainkan.
Kenapa ini berlalu ? Bukankah bendera Malaysia seharusnya ada bintang pecah 14 dan bukannya LIMA !!
Klip video yang memaparkan Jalur Gemilang dengan lima bintang bersama logo Westport itu ditayangkan semasa nyanyian lagu Negaraku dan tular melalui media sosial hari ini.

Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) memohon maaf di atas kesilapan bendera Malaysia dengan lima bintang yang dipaparkan menerusi klip video semasa perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.
MABA berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab sepenuhnya disebabkan silapan tersebut.
“Tolong maafkan kami, kerana kami sentiasa berusaha untuk membangun dan mengembangkan sukan bola keranjang di Malaysia,” kata MABA.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim tetap mahu tindakan tegas ke atas pihak yang bertanggungjawab berhubung kesilapan memaparkan bendera Malaysia dengan lima bintang ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.
Add Comment