Uncategorized

Pemain Sibuti Bavarian FC berjaya pikat Harimau Olimpia

SBFC komited lahirkan pemain pelapis berbakat untuk peringkat antarabangsa.

SIBUTI Bavarian Football Club (SBFC) bukan sekadar kelab bola sepak biasa apabila berjaya mencungkil ramai pemain bertaraf bintang di kawasan Sibuti serta menembusi pasaran kelab di Malaysia.

Terbaru, salah seorang pemainnya, Fared Haikal Azli, 15 telah diberikan peluang oleh SBFC bagi menimba pengalaman bermain di peringkat  antarabangsa.

Jurulatih Pembangunan Sarawak, Mohamad Hakimi Man berkata SBFC sebelum ini menghidu bakat-bakat pemain luar bandar dan berjaya menempah nama di persada bola sepak tempatan.

“Tahniah dan syabas buat adik Fared. Ianya umpama mimpi yang menjadi nyata dan pasti menjadi inspirasi kepada anda di luar sana,” katanya kepada cakapsukan.com sebentar tadi.

Hakimi memberitahu, hasil kerjasama rapat SBFC dan pihak Harimau Olimpia, mereka  mendapat banyak manfaat yang positif.

“Kita bertukar pandangan, idea dan visi tentang bolasepak  membangunkan bakat muda agar mereka dapat dikembangkan dengan baik,” jelasnya.

Menyertai Kem Bakat SBFC sebelum ini, Fared telah melapor diri di Kuala Lumpur pada Sabtu lepas untuk menyertai kem latihan pusat pasukan B-16 Harimau Olimpia yang dalam persediaan rapi menyertai kejohanan bertaraf antarabangsa.

Mohamad Hakimi

Bagi meningkatkan ilmu kejurulatihan, Hakimi juga berangkat ke Thailand hujung minggu ini untuk lawatan penanda aras ke sebuah kelab di Phuket.

“Terima kasih Presiden Kelab Harimau Olimpia FC, Datuk Rosniaida Ismail di atas peluang yang diberikan kepada kami. Sudah pasti kami amat menghargainya dan berharap ianya adalah garis permulaan untuk pengembaraan lebih jauh.

“Merealisasikan sebuah perancangan bukannya mudah. Namun ianya pasti akan menjadi jika kita bersungguh dan mempunyai niat yang betul,” ujarnya.

Beliau turut menghargai sumbangan dan jasa jurulatih, Kamal Daud dan Khairul Naim disebalik kejayaan pasukan SBFC selama ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: