
MEMILIKI beberapa pemain utama dalam skuad kebangsaan nyata tidak kelebihan buat skuad Bawah 22 Tahun (B22) apabila sekadar seri 1-1 menentang Myanmar pada aksi pertama Kumpulan A, Sukan SEA 2019 di Stadium Rizal Memorial, Manila sebentar tadi.
Dominic Tan, Irfan Zakaria, Adam Nor Azlin, Syahmi Safari, Syamer Kutty Abba dan Akhyar Rashid antara beberapa pemain Harimau Malaya yang beraksi pada perlawanan ini namun boleh dikatakan mereka gagal memberikan impak ketara buat pasukan.
Ketika penyokong teruja meilhat gandingan Hadi Fayyadh, Akhyar dan Luqman Hakim pertukaran pemain yang dilakukan pengendali B23, Datuk Ong Kim Swee yang mengeluarkan Luqman nyata mengejutkan ketika skuad negara ghairah melancarkan serangan.
Pertahanan yang mudah dibolosi serta bahagian tengah yang gagal berfungsi dengan baik antara perkara penting yang perlu di berikan Kim Swee seandainya ingin meraih tiga mata menentang Filipina, Jumaat nanti.
Terdahulu pada perlawanan tersebut, Myanmar yang dipimpin bekas pengendali Kelantan, Velizar Popov dilihat lebih banyak menguasai perlawanan pada awal permainan ketika pemain Malaysia hanya melihat bola di kaki lawan.
Myanmar terlebih dahulu berada di hadapan pada minir ke-12 hasil jaringan Soe Moe Kyaw yang mudah menyempurnakan sepakan penjuru dengan tanpa sebarang tekanan dari pemain Malaysia.
Gol tersebut nyata menyentak semangat pemain Malaysia yang dilihat agresif memburu gol dan akhirnya memperolehi gol penyamaan pada minit ke 23 melalui tandukan Hadi Fayyadh , itu pun berpunca dari kesilapan benteng pertahanan lawan,
Beberapa pertukaran yang dilakukan Malaysia pada separuh masa kedua ternyata gagak untuk menambah jaringan malah hampir-hampir dikejutkan gol kedua pelawat namun ketangkasan Haziq Nadzli memastikan Malaysia tidak dipalit kekecewaan untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.
Add Comment