Uncategorized

Zidane: Tolong jangan caci Gareth Bale lagi


Zidane tetap meyakini Bale dan harap peminat Real Madrid tidak mencaci persembahannya dalam padang.

CACIAN, cemuhan, dan siulan yang ditujukan para penyokong Real Madrid kepada Gareth Bale mungkin merupakan sesuatu yang tak boleh dielakkan.

Namun, tidak bagi pengurusnya,  Zinedine Zidane berharap supaya para Madridista segera menghentikannya.

Real Madrid semalam bertemu Real Sociedad di Santiago Bernabeu pada minggu ke-14 La Liga 2019/20, dan Madrid menang 3-1.

Bale masuk menggantikan Rodrygo di minit 67. Para Madridista menyambutnya dengan cemuhan dan siulan kurang menyenangkan.

Bukan itu sahaja, di kawasan tempat duduk penonton juga kelihatan satu banner  yang  ditunjukkan khas buat Bale semasa bersama pasukan kebangsaan  Wales.

Pada perlawanan itu, Bale merayakan kejayaan Wales dengan tulisan provokatif di bendera negaranya.

Tulisannya berbunyi begini : “Wales, golf, Madrid. In that order.” Madridista membalasnya dengan banner bertuliskan: “Rodrygo. Vini. Lucas. Bale. In that order.”

Selepas perlawanan, Zidane memberikan komennya berkaitan situasi Bale saat ini.

“Terlalu banyak orang memperkatakan tentang Bale. Dia ingin berada di sini dan memberikan yang terbaik.

“Itulah kenapa kami tak mahu terlalu banyak menyentuh tentang hal ini. Dia bersatu dengan pasukan dan ingin bermain bagus, sama seperti yang lainnya.

“Saya harap ini tak berlanjutan sepanjang musim. Kami ingin para peminat menyokong kami dari awal hingga akhir pertandingan, tapi kami tak boleh mengendalikan ini.

“Mereka berhak melakukan apa yang ingin mereka lakukan, tapi saya minta mereka untuk menyokong semua pemain,” kata Zidane yang dipetik dari Reuters.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: