Uncategorized

Aksi Federer, Zverev pecah rekod kehadiran penonton


Aksi antara Federer (kiri) dan Zverev pukau peminat di Mexico City. Foto: Reuters

STESYEN penyiaran ESPN mendakwa rekod dunia baru untuk kehadiran perlawanan tenis semalam, dihadiri lebih daripada 42,000 orang semasa pertarungan pemain Jerman, Alexander Zverev yang tewas 6-3, 4-6, 2-6 kepada Roger Federer di Mexico City.

Ia memecahkan rekod lama yang disaksikan 35,681 orang dalam satu perlawanan pertunjukan antara pemain Belgium, Kim Clijsters dan Serena Williams di Belgium pada tahun 2010.

ESPN meletakkan jumlah sebenar peminat di bullring Mexico City adalah antara 42,517 orang.

Inilah gelanggang pertarungan di Mexico City yang dibanjiri kehadiran lebih 42,000 penonton.

Malah sebelum perlawanan, Federer telah mengumumkan hasratnya untuk mencatat rekod dunia baru kehadiran peminat ketika bertemu Rafael Nadal dalam perlawanan pertunjukan di Afrika Selatan pada Februari depan.

Pertarungan itu akan diadakan di Stadium Cape Town, yang mempunyai kapasiti 55,000. Ia juga bakal melibatkan perlawanan beregu antara Federer yang akan bergandingan dengan pengasas Microsoft, Bill Gates manakala Nadal akan bermain bersama pelawak Afrika Selatan, Trevor Noah.

Sumber asal: The Star Online

(Dilaporkan oleh Andrew Downie; diedit oleh Jane Wardell)


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d