
Baik pasukan Sheffield United mahupun Manchester United (MU), mereka sama-sama tidak boleh menurunkan kekuatan penuh pada pertembungan di Bramall Lane tengah malam ini (12.30 tengah malam waktu Malaysia) .
Tetapi, The Red Devils mempunyai daftar cedera pemain yang lebih banyak.
Penjaga gawang, Dean Henderson, yang dipinjam dari United, statusnya agak ragu-ragu untuk aksi ini. Sementara itu, tahap kecergasan John Egan masih sedikit meragukan.
Di barisan benteng United pula, Scott McTominay, Marcos Rojo, dan Paul Pogba terpaksa diketepikan akibat kecederaan.
Manakala, Axel Tuanzebe, Diogo Dalot, Luke Shaw, Tim Fosu-Mensah, Eric Bailly, dan Nemanja Matic belum pasti cergas untuk diturunkan.
Sementara itu, pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer merancang untuk merekrut pemain baharu pada jendela perpindahan pemain yang akan datang.
“Ini bukan berkaitan soal wang. Membeli pemain adalah perkara penting kepada kelab di masa depan, bukan sekadar untuk tiga atau empat bulan saja.
“Apakah pemain-pemain tersebut tersedia? Mungkin tidak, kerana masalahnya pada Januari nanti tidak banyak kelab yang akan menjual pemain yang mereka tidak perlukan.
“Mungkin satu atau dua orang akan menjadi pemain pinjaman, namun ini bukan mengenai perbelanjaan. Ia adalah misi untuk memperkuat pasukan. Tapi jangan bimbang, kami akan mendapatkan kembali pemain yang berada dalam senarai kecederaan apabila mereka cergas kelak,” jelas Ole.
Formasi kemungkinan
Sheffield (3-5-2): Moore; O’Connell, Egan, Basham; Stevens, Fleck, Norwood, Lundstram, Baldock; McGoldrick, Mousset.
Pengurus: Chris Wilder
Info kecederaan : Dean Henderson, Egan
Formasi kemungkinan
Manchester United (4-3-3): De Gea; Young, Maguire, Lindelof, Wan-Bissaka, Fred, Matic, Pereira; Rashford, Martial, James.
Pengurus : Ole Gunnar Solskjaer.
Info kecederaan : McTominay, Bailly, Fosu-Mensah, Pogba, Dalot (cedera), Matic, Shaw, Tuanzebe
Add Comment