Uncategorized

Khalid mahu Kuala Lumpur main Liga Super 2021


Khalid Samad

Presiden baharu Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abd Samad mahu memastikan pasukan itu beraksi di Liga Super pada 2021.


Itu antara perkara utama yang ditekankan beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan pada sidang media sebentar tadi selaku orang pertama yang dilantik di dalam organisasi KLFA.


“Saya akan pastikan Kuala Lumpur hanya semusim dalam Liga Perdana. Perkara pertama adalah untuk keluar daripada Liga Perdana. Insya-Allah, kami hanya akan berada dalam Liga Perdana hanya untuk satu musim. Kemudian kami akan kembali ke Liga Super,”katanya.


Tambah beliau, KLFA juga mahu memberi tumpuan berada pada kelompok pasukan teratas Liga Super pada tahun berikutnya.
“Kami akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat ini bagi menentukan hala tuju KLFA.


“Dalam tempoh itu kami akan menentukan siapa jurulatih, pengurus, pemain dan sebagainya,”katanya lagi.


Khalid menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden pada kongres ke-32 badan induk itu hari ini bagi penggal 2019-2023 selepas pencabarnya, Datuk Rashid Hasnon tidak mendapat cukup undi pencalonan.


Khalid memperolehi 18 daripada 22 pencalonan ahli gabungan berbanding Rashid yang hanya mendapat 4 pencalonan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading