
“SAYA tidak sama sekali mengatakan Amri Yahya kerap kali tinggalkan bilik persalinan dan tidak menghadiri mesyuarat pasukan,” itulah kenyataan terkini yang dikeluarkan Ketua Jurulatih Selangor, B Sathianathan mengenai isu semasa yang menjadi bualan peminat Selangor.
Pengendali berpengalaman tersebut yang pada awal musim ini mendapat tekanan diatas prestasi hambar pasukan namun akhirnya berjaya menempatkan Gergasi Merah Kuning di pentas separuh akhir Piala Malaysia selain menamatkan Liga Super ditangga ketiga memaklumkan sebaliknya.
“Saya tidak sama sekali mengatakan yang Amri Yahya kerap kali tinggalkan bilik persalinan dan tidak menghadiri mesyuarat pasukan kerap kali , saya telah mengatakan dengan jelas dan di betulkan oleh Stadium Astro dengan tepat kenyataan saya seperti ini.
“Saya telah mengatakan saya hairan mengapa Amri Yahya telah menghilangkan diri 10 minit sebelum perlawanan Antara Selangor lwn JDT semi final 2 di stadium Shah Alam, saya telah mengatakan beliau tidak hadir ke mesyuarat pasukan yang di adakan untuk memberi tahu perancangan masa depan skuad Selangor , saya tidak sama sekali mengunakan perkataan kerap kali,” jelasnya menerusi pesanan Whatapp yang diterima CakapSukan, sebentar tadi.
Pada masa sama pengendali berusia 61 tahun itu turut memaklumkan Stadium Astro telah betulkan kenyataannya sebelum ini.
“Tetapi dalam media sosial Semuanya Bola yang melaporkan dengan salah dengan mengunakan ayat kerap kali , Saya sangat Kesal dengan laporan yang di buat oleh Semuanya Bola dan apabila wartawan Astro boleh membuat pembetulan tetapi yang tumpang naik muat cerita ini tidak tukar kepada kenyataan saya yang betul .
“Saya ingin mengucapkan selamat Maju jaya kepada Amri Yahya Dan mendoakan supaya beliau berjaya dengan pasukan baru beliau , semangat untuk mengalahkan Selangor patut dipuji , kerana sebagai pemain professional kejayaan pasukan yang menjadi pihak kebajikan beliau mesti diutamakan oleh beliau dan dia bukan pertama kali main untuk pasukan lain.
“Saya percaya semasa beliau mewakili JDT Dan Melaka , pasukan yang mewakilinya dapat mengkalahkan pasukan Selangor, ini dikatakan pemain professional , Selamat Mahu jaya kepada LAGENDA Amri Yahya,” katanya.
Add Comment