Uncategorized

Manchester kecewa lagi


PASUKAN terhebat di dunia, Liverpool terus menghampakan penyokong Manchester selepas meraih tiga mata penuh menewaskan Crystal Palace, 2-1 pada aksi di Stadium Selhurst Park, sebentar tadi.

Liverpool yang tampil dengan aksi longlai dikejutkan anak didik Atok Roy Hodgson pada minit 41, namun gol tersebut dibatalkan selepas penyelamat The Reds iaitu VAR mengesan pertahanan pelawat Dejan Lovren ditolak pemain tuan rumah, Jordan Ayew.

Pelawat hanya berjaya mendahului lawan pada minit ke 49 melalui Sadio Mane selebum Wilfried Zaha menyamakan kedudukan pada minit ke 83.

Ketika ini situasi debaran sebagaimana yang sering dialami penyokong Liverpool melanda menyebabkan jantung berdegup kencang namun Si Seno memastikan ianya hanya sementara apabila meledak dua minit kemudian hasil situasi kelam kabut dalam kotak penalti tuan rumah.

Tiga mata yang diraih Liverpool meletakkan pasukan bimbingan Jurgen Klopp terus memimpin liga namun yang anehnya, Crystal Palace yang kalah kenapa penyokong Manchester yang kecewa..Mantullll


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: