Uncategorized

Luqman Hakim idam rebut slot skuad B23 kebangsaan


Luqman Hakim pada majlis cabutan Kejohanan Antarabangsa Junior Royal Club Club di Bukit Kiara, hari ini

Dengan ketiadaan kelibat Safawi Rasid yang digugurkan untuk pentas Sukan SEA Filipina 2019, semua mata kini tertumpu kepada pemain remaja sensasi meningkat naik, Luqman Hakim Shamsuddin.

Anak muda itu berharap dapat bermain bersama Safawi dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid dalam Sukan SEA yang akan datang, dengan mengimpikan dia dinamakan dalam skuad akhir yang akan diumumkan pada Jumaat ini.

“Bermain di Sukan SEA sentiasa menjadi impian saya,” kata Luqman ketika ditemui selepas menghadiri majlis cabutan Kejohanan Antarabangsa Junior Royal Club Club di Bukit Kiara, hari ini.

Katanya lagi, dia menonton perlawanan edisi 2017 dan memutuskan untuk mencuba membuat kemunculan dalam pasukan untuk edisi 2019.

“Saya tidak sabar-sabar untuk bermain di samping mereka  jika jurulatih memberi peluang kepada saya,” jelasnya.

Luqman berkata, dia bersedia untuk memberikan persembahan yang terbaik sekiranya dia terpilih.

“Saya tahu ia adalah sukar untuk diisi (merebut tempat) dan saya akan memberikan yang terbaik,” tambah Luqman yang juga berharap dapat bermain dalam pertandingan RSC International serta  beraksi di peringkat yang lebih besar.

Luqman menambah, tiada sebarang tekanan untuknya kerana sentiasa memberi yang terbaik setiap kali melangkah ke padang untuk sesi latihan mahupun pertandingan.

Kejohanan Bola Sepak Junior Antarabangsa RSC Dato ‘Chu Ah Ng ke-15 akan diadakan di Sport Annexe Kelab Sukan Royal Selangor, Bukit Kiara pada 30 November hingga  1 Disember 2019 bermula jam 8 pagi hingga 6 petang pada hari kedua. Kemasukan adalah percuma.

Setiap pasukan akan bersaing mengutip mata di semua peringkat, iaitu Bawah 8, Bawah 10, Bawah 12, Bawah 14 dan Bawah 16, dengan Trofi Cabaran Dato ‘Chu Ah Nge dipersembahkan kepada pasukan yang mengumpul  mata kumulatif tertinggi

Kejohanan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan Bola Sepak Junior RSC, yang juga menjalankan Program Pembangunan Bola Sepak RSC Junior (JSDP) di bawah naungan Seksyen Bola Sepak RSC. Program ini dilancarkan pada bulan Mac 2002 dan kini dianggarkan telah mempunyai 200 kanak-kanak.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d