Uncategorized

AFC fokus pembangunan kewangan negara serantau : Hamidin


Hamidin (duduk, dua kiri) hadir ke mesyuarat kewangan AFC pertama bagi penggal 2019-2023 di AFC House, Kuala Lumpur, semalam

JAWANKUASA Kewangan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mahu memberi tumpuan kepada pengurusan urus tabdir khususnya pembangunan kewangan yang lebih baik dalam membentuk bola sepak Asia.

Perkembangan ini diakui oleh Timbalan Pengerusinya, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

Jelas Hamidin, mesyuarat berkenaan menekankan kepada bentuk sokongan yang mampu diberikan oleh AFC kepada ahli serantau.

“Antara agenda dan perkara utama yang turut dibincangkan ialah susunan bajet 2019 serta permohonan dan peruntukan bajet bagi 2020.

” Selain itu, perkara-perkara lain yang dibincangkan ialah penstrukturan organisasi serta penilaian prestasi kewangan sehingga September ,” katanya dalam laman rasmi Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

Beliau yang juga Presiden FAM berkata demikian ketika hadir ke mesyuarat kewangan AFC pertama bagi penggal 2019-2023 di AFC House, Kuala Lumpur, semalam

Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan berkenaan dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kewangan AFC, Mariano V. Araneta Jr.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading