Uncategorized

Jose Mourinho kembali dapat kerja baru?


Mourinho calon hot untuk kemudi Spurs selepas pemecatan Pochettino.


Tak sampai beberapa jam selepas pemecahan Mauricio Pochettino, Tottenham Hotspur dikatakan mahu segera melantik pengurus baharu.

Yang menariknya, nama Jose Mourinho naik dan dipilih sebagai bos kelab.

Bekas pengendali Manchester United dan Chelsea itu disebut-sebut sebagai calon paling ideal di kem kejurulatihan Spurs.

Pochettino, 47, dipecat Spurs hari ini selepas lima tahun menagih kasih bersama kelab dari utara London itu.

Lelaki berbangsa Argentina ini pernah membawa Spurs mara ke perlawanan akhir saingan Liga Juara – Juara Eropah musim lalu, tapi tewas kepada Liverpool.

Sumbangan itu langsung tidak dihargai ditambah pulak aksi tidak konsisten dipamerkan skuad Spurs dalam Liga Perdana Inggeris yang penuh dibarisi 100 peratus pemain berstatus bintang dan emas permata.

Fakta menarik Mourinho adalah dia tidak bekerja secara tetap (jadi pengurus) sejak dibuang oleh United pada Disember 2018.

Bagaimanapun, sejak artikel ini ditulis tiada lagi rundingan rasmi antara Mourinho dan pihak Spurs.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d