Uncategorized

Hamidin Bukan Kaleng-Kaleng

SUBKHI SUDARJI

ENAM mata dalam gengaman itulah nada keyakinan ketara yang disuarakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum aksi menentang Thailand dan Indonesia.

Walaupun ramai yang beranggapan Hamidin terlalu yakin dan terlalu memberi tekanan kepada barisan pemain d namun Presiden FAM itu yang memiliki banyak pengalaman dari segi karenah pemain, pengurusan mahupun pentadbiran tidak mengendahkan suara-suara sumbang terhadap keyakinannya itu.

Setiap kali sebelum aksi menentang lawan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Hamidin tidak akan terlepas meluangkan masa bertemu pemain dan pengurusan dihotel penginapan pemain.

Sokongan, dokongan yang dititipkannya ternyata menyemarakkan semangat pemain yang membuktikan kepercayaan dengan meraih kejayaan di atas padang.

Thailand yang memiliki pemain beraksi diluar negara selain reputasi tinggi dimiliki bukanlah halangan buat Harimau Malaya meraih tiga mata penuh pada aksi 14 November lalu sebelum Indonesia menjadi mangsa seterusnya dengan ledakan dua gol melalui Safawi Rasid untuk menepati sifir Hamidin.

Kemenangan tersebut membuka peluang buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu terus berada dalam persaingan merebut tempat ke pusingan seterusnya dan layak ke Piala Asia 2023.

Namun pada masa sama, Hamidin turut menghamburkan ucapan tahniah serta penghargaan kepada seluruh barisan kejurulatihan, pengurus pasukan, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan penolong pengurus pasukan, Dato Posa Majais, semua pemain dan Ultras Malaya serta penyokong Harimau Malaya yang setia memberi semangat dan mendoakan skuad kebangsaan tidak kira di mana berada.

“Penyokong sememangnya mengharapkan kemenangan hari ini dan ia umpama penutup tirai terbaik 2019 dan hadiah buat rakyat Malaysia,” jelas Hamidin yang berkesempatan bertemu dengan Presiden Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) yang baru dilantik, Jeneral Polis Mochammad Iriawan dan Naib Presiden PSSI, Iwan Budianto serta Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: