Uncategorized

Isteri Spasojevic meninggal dunia


Lelhy meninggal dunia di Bali hari ini.

Isteri kepada Ilija Spasojevic, meninggal dunia pada hari ini.

Lelhy Arief Spasojevic meninggal dunia di RS Siloam Bali, Rabu  pukul 00.57 tengah malam waktu Indonesia.

Berita duka ini disahkan oleh salah satu rakan sepasukan Spaso di Bali United, Gunawan Dwi Cahyo.

Spaso bukan asing bagi peminat bola sepak kerana pernah menyarung jersi Melaka United bagi musim 2016-2017 sebelum ambil keputusan kembali ke Liga Indonesia bersama kelab Bhayangkara.

Buat keluarga Spaso, CS zahirkan ucapan takziah dan moga mendiang tenang di alam sana.

#cakapsukan #bukancakapbiasa


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: