Uncategorized

Pelajar UiTM Shah Alam terap gaya hidup sihat


PELAJAR UiTM Shah Alam dari Kursus BHSK222B Wellness baru-baru ini mengadakan satu program yang dinamakan ‘Road to Wellness’ 2019 bertempat di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras.

Program ini melibatkan seramai 63 orang pelajar Tingkatan 2 sekolah terbabit.

Objektif penganjuran adalah menerapkan gaya hidup di kalangan pelajar sekolah meliputi aspek aspek kesejahteraan hidup.

Program yang bermula pada jam 8.30 pagi ini di bahagikan beberapa Sesi bermula dengan Sesi Ice Breaking, Ceramah Pengenalan Wellness, Zumba dan ‘Wellness Run’.

Menurut Nurulain Binti Abdul Aziz, sebagai fasilitator sepanjang program ini dia amat berpuas hati kerana mesej yang ingin di smpaikan kepada para pelajar tercapai dan peserta sangat memberi kerjasama yang baik dari mula hingga tamat program.

Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh Puan Rihaya Abu Kassim Timbalan Pengetua Kokurikulum.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d