Uncategorized

Luis Garcia pilih beraksi di Sabah?


Instagram Luis Garcia yang berlatar belakang panorama di Kota Kinabalu, Sabah.

Kecoh seketika apabila kelibat Luis Garcia kelihatan di Kota Kinabalu, Sabah semalam . Siapa peminat Liverpool dan yang membenci Liverpool pasti kenal.

Garcia sertai Sabah? Jangan panik baa.. Garcia, yang berada  dalam skuad The Reds dengan memenangi Liga Juara – Juara pada musim 2005 singgah di Kota Kinabalu sempena Masters Football Asia’s ‘The Battle of Reds’ (BOTR) untuk menentang musuh ketat,  Manchester United di Stadium Likas pada Rabu ini.

“Saya memiliki minggu yang baik !! One of the best things of these trips are the beautiful places I found. Kota Kinabalu in the state of Sabah (Malaysia) with delicious food, beautiful markets and one of the best Sunsets I’ve ever seen. Have a great week guys !! #Morethanagame #OnTheMove #Malaysia,” tulisnya di laman peribadi Instagramnya yang telah meraih  8, 819 likes and 193 komen.

Untuk aksi ini, Garcia dijangka memperkuatkan Legenda Liverpool termasuklah David James, Jason McAteer, John Arne Riise dan Danny Murphy.

Manchester United bakal diwakili oleh Ronny Johnson, Mikael Silvestre, Wes Brown, Clayton Blackmore, Keith Gillespie, Teddy Sheringham dan Dwight Yorke serta ramai lagi.

Buat Garcia, selamat menikmati cuti yang indah di Malaysia. Paling penting, kalahkan Syaitan Merah.. Hihi

#cakapsukan
#bukancakapbiasa


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: