
GURUGRAM, HARYANA – Kelab Golf & Country Kota Permai (KPGCC) melakar sejarah apabila melepasi kategori anugerah peringkat kebangsaan dan menyertai liga elit Asia Pasifik pada majlis Anugerah Golf Asia 2019 yang diadakan di Kelab Golf & Country DLF di Haryana, India, baru-baru ini.
KPGCC dianugerahkan Asia Pasific Order of Zenith, iaitu pengiktirafan tertinggi yang dikhaskan hanya beberapa kelab golf terpilih di Asia yang secara kekal mengabadikan kelab-kelab ini dalam dewan kemasyhuran (hanya tiga kelab yang berada dalam senarai elit tahun ini).
Anugerah tertinggi ini bermakna KPGCC tidak lagi bersaing dalam kategori ‘Terbaik Di Malaysia’,
untuk anugerah peringkat kebangsaan.
Buat pertama kalinya dalam sejarah 21 tahun kelab, KPGCC juga menerima anugerah penghormatan tempat kedua Pengurus Terbaik Kelab Golf di Asia Pasifik.

Sementara itu, Horizon Hills Golf & Country Club (HHGCC) mengambil kedudukan tempat pertama yang dikosongkan KPGCC dalam kategori Kursus Terbaik Di Malaysia.
Pengurusan KPGCC & HHGCC juga masing-masing meraih anugerah kategori individu dengan menerima lima anugerah terbesar dalam rantau Asia Pasific.
“Kerja keras kami selama ini berbaloi dengan penghargaan ini. Satu perasaan yang tidak dapat diungkapkan apabila hartanah golf dan orang ramai dari peringkat kebangsaan hadir ke rantau Asia Pasifik.
“Pengiktirafan ini menunjukkan kita bukan sahaja yang terbaik di Malaysia tetapi menyertai liga golf serantau supaya orang lain boleh mengikutinya,” kata Pengarah Kelab Operasi GROUP, Tang Meng Loon.
Tambah Tang, anugerah berprestij seperti ini berfungsi sebagai salah satu faktor motivasi yang cukup penting untuk KPGCC dan HHGCC.
“Sokongan keluarga, rakan, ahli, rakan kongsi dan industri secara keseluruhan adalah sama pentingnya kerana mereka membantu mendorong kita secara individu dan kolektif untuk mencapai potensi terbaik kita,” kata Tang lagi.
Direka khas oleh Ross Watson, kedua-dua lapangan golf ini mempunyai 18-lubang padang golf dengan rumput yang terawat secara teratur yang ditetapkan di atas kawasan yang beralun.
Ianya bagi memberikan cabaran dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada pemain veteran dan novice, terutamanya dengan kelajuan bola atas padang hijau antara 10.5 dan 12 pada Stimpmeter.
Senarai Anugerah
▪ Vivien Gnananantham – Winner, Best MarComm Manager Of The Year
▪ Lee Chee Keen – Second Runner-Up, Best Golf Course Superintendent Of The Year
▪ Emia Nawarita – Second Runner-Up, Best Caddie Of The Year
▪ Ong Seng Kiat – First Runner-Up, Best Golf Manager Of The Year
▪ Evelyn Wong – First Runner-Up, Best HR Manager Of The Year
Add Comment