
TERENGGANU FC (TFC) sukacitanya mengumumkan telah menandatangani kontrak dua pemain baharu iaitu Arif Fadzilah Abu Bakar dan Nasir Basharudin untuk bersama-sama pasukan itu musim depan.
Arif Fadzilah adalah pemain kelahiran Terengganu yang bermain diposisi pertahanan kiri manakala Nasir Basharuddin adalah pemain diposisi tengah.
Sementara itu, Ketua Jurulatih TFC, Mohd Nafuzi Zain memberi komen berikut ketika ditemui media selepas sidang media.
“Saya gembira kedua-dua pemain ini menyertai TFC. Kedua mereka berpengalaman luas dalam kancah bolasepak Malaysia dan kehadiran Arif Fadzilah diharap dapat memperkemaskan barisan pertahanan TFC.
“Manakala kehadiran Nasir Basharudin diharap dapat mengukuhkan lagi jentera tengah pasukan dalam mengharungi perlawanan musim depan,” jelas Mohd Nafuzi.

Dalam pada itu, TFC berharap kedua-dua mereka dapat memantapkan lagi pasukan dan memberi impak positif kepada pasukan mengharungi kempen Liga Malaysia 2020.
Pencapaian TFC musim ini adalah menamatkan saingan Liga Super di tangga ketujuh dan mara jauh sehingga ke suku akhir Piala Malaysia sebelum disingkirkan JDT yang muncul juara pada musim ini
Add Comment