Uncategorized

City University Malaysia tawar pengajian kepada atlet negara


CITY University Malaysia bersedia menawarkan beberapa kursus yang berkaitan kepada semua atlet-atlet negara yang berhasrat meneruskan pengajian di peringkat sarjana.

Naib Canselor City University Malaysia, Prof. Dr. Noridah Ibrahim berkata, ramai pelajar di sini yang aktif bersukan seperti ragbi, futsal serta renang dan kami sedang mencari jalan untuk mengetengahkan mereka yang aktif ini untuk menunjukkan tanda sokongan.

“Bagi atlet negara yang sudah banyak berkorban banyak masa mereka mengharumkan nama negara pula, kami bersedia membuka peluang jika berminat untuk meneruskan pengajian di peringkat tertinggi.

“Antara kursus yang ditawarkan termasuk Master of Education dan Business Administration Dan Management, Administration serta yang berkaitan dengan bidang mereka.

“City University turut menawarkan kursus kursus diploma Dan ijazah sarjana yang sesuai diceburi oleh para atlet.

“Bagaimana pun kami akan umumkan secara rasmi mengenai tawaran ini pada penghujung November nanti,” jelasnya selepas Program Biasiswa RM2 Juta kepada 200 orang pelajar di City University Malaysia, baru-baru ini.

Biasiswa itu adalah untuk mengikuti program pengajian seni bina dan seni reka dalaman di Fakulti Seni Bina dan Pembangunan Persekitaran (FOABE), salah satu fakulti di City University.

FOABE adalah satu fakulti yang sentiasa mewarnai persada pendidikan tinggi di dalam bidang senibina dan senireka dalaman dengan memenangi beberapa pertanding dan mendapat beberapa anugerah dan pengiktirafan di Malaysia.

Bagi program biasiswa tersebut, sejumlah RM2 juta akan disediakan bagi membantu 200 pelajar bagi membiayai sebahagian yuran pengajian mereka, selain tempat tinggal akan disediakan kepada mereka yang layak.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading