Uncategorized

Nascimento legenda import sepanjang zaman Kedah


Skuad Kedah pada musim 1996. Foto: Sumber Google

Andre Luis Almeida Do Nascimento !

Orang Kedah khususnya peminat setia Hijau Kuning pasti mengenali sosok nama ini.

Walaupun 23 tahun telah berlalu, nama Nascimento masih menjadi sanjungan peminat Kenari yang kini telah bertukar menjadi sang Helang Merah.

Watak penggempur utama Kedah FA hingga dicemburui pasukan dan penyokong lawan saat itu.

Muka depan sebuah majalah Liga Profesional yang memaparkan aksi Nascimento. Foto: Sumber Google

“Saya amat gembira dan mempunyai impian besar bermain di luar negara dan terdapat kesukaran untuk mengatasi segala-galanya.

“Semua orang bermain bola sepak dan mahu menang di atas padang.

“Terima kasih Tuhan atas peluang yang saya miliki hari ini untuk mengingati masa yang hebat dalam hidup saya,” katanya menerusi Facebook.

Nascimento menjadi nadi penting pasukan pada musim 1996 apabila berjaya membantu Kedah memenangi Piala FA edisi 1996 dengan menewaskan pasukan Sarawak pada perlawanan akhir.

Pemain kelahiran Brazil ini juga mempunyai koleksi pingat dengan menjadi naib juara Liga Perdana 1 musim 1996.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: