Uncategorized

UiTM FC bikin ke Liga Super 2020 ?


CS tadi tengah beratur kat kedai mamak nak bayar nasi daging dalca tersedak apabila dapat tahu UiTM FC berkemungkinan besar dinaikkan pangkat ke Liga Super 2020.

Perkara macam ini memang tak dikatakan mustahil memandang PKNS menjadi feeder club untuk pasukan Selangor.

The Lions Roar berkemungkinan besar beraksi di Liga Super 2020.

Walaupun guruh di langit berdentum mahu hujan ketika ini, CS rasakan harapan menyaksikan pasukan berstatus universiti bermain di kejohanan tertinggi liga Malaysia tetap ada.

Sumber dalaman kami juga tidak menafikan perkembangan panas ini, namun enggan mengulas lebih lanjut.

“Saya difahamkan begitulah, tapi tiada surat rasmi lagi dikeluarkan,” jelas sumber itu yang tak mahu namanya didedahkan ketika dihubungi Cakap Sukan sebentar tadi.

Untuk informasi, UiTM kini mempunyai wakil yang sedang bermain dalam saingan Liga Bola Sepak IPT.

Ayuh UiTM FC..


#CakapSukan #IPT #UitmFC #ShahAlam


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: