Bagi menunjukkan rasa tidak puas hati dan kurang ketelusan, beberapa calon yang dicalonkan untuk jawatan Pemilihan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yang akan datang mengumumkan menarik diri.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun dikhabarkan mahu bertanding kerusi Presiden MHC namun kurang tiga pencalonan yang diperlukan untuk merebut jawatan berkenaan.
Setakat ini, Cakap Sukan difahamkan Kamarudin hanya menerima pencalonan daripada Johor, Kuala Lumpur dan Kedah.
Namun begitu, Kedah HA mengeluarkan kenyataan bahawa ‘orang yang tidak sah’ telah mengubah senarai pencalonan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis Kedah HA.
Perkara ini kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
Dipetik dalam portal http://www.ssdhaliwal.com.my, senarai calon yang turut terkeluar adalah tiga bekas ketua hoki pasukan kebangsaan , Dato Ow Soon Kooi, K Maheswari dan Lam Sau Fong.
Selain Kamarudin, satu lagi tokoh korporat Dato Seri Che Khalib juga menarik diri dari perlumbaan Naib Presiden.
Satu lagi tamparan hebat berlaku apabila Naib Presiden, Datuk Majid Manjit Abdullah juga mengumumkan berundur.

Jadi pada dasarnya daripada 17 calon untuk Naib Presiden lelaki, tiga telah menarik diri, meninggalkan 14 yang lain untuk bertanding bagi lima jawatan.
Dengan penarikan Maheswari, jawatan bagi calon wanita untuk Timbalan Presiden tidak akan melihat sebarang pertandingan.
Add Comment