FOTO IHSAN KFA
Lang Merah nekad memburu penyerang baharu bagi musim 2020 apabila sah tidak menawarkan kontrak baru kepada Fernando Rodriguez dan Jonatan Bauman.

Kedua pemain tersebut diraikan oleh Anas Hafiz Mustaffa, Naib Presiden KFA 1 merangkap Ketua Unit Skuad Liga Super Kedah pada satu majlis makan malam di di Restoran Berputar Menara Alor Setar semalam.
Sebelum pulang, Fernando dan Bauman juga turut menerima sambutan oleh Ultras Kedah di perkarangan Menara Alor Setar dalam menghargai sumbangan mereka membantu Kedah meraih Piala FA 2019, Naib Juara Piala Malaysia 2019 dan nombor empat Liga Super 2019.
Mereka tetap memberikan sumbangan kepada kejayaan manis Lang Merah pada musim ini walaupun harapan untuk melakarkan kejutan ke atas JDT pada pentas final tidak tercapai apabila tewas 3-0 pada Sabtu lalu.
Kini timbul khabar angin mengaitkan beberapa pemain import yang akan mengisi kekosongan tersebut pada musim hadapan iaitu Kpah Sherman (PKNS FC) dan Kipre Tchetche namun masih belum ada sebarang pengumuman oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) setakat ini.

Add Comment